Sunday, March 28, 2010

Info untuk Ibubapa SAS

Salam Semua!

Berita gembira! Kini semua ibu bapa yang mempunyai anak di sekolah berasrama penuh, Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya (SAS) mempunyai ruang rasmi utk berbicara, meluahkan keluhan rasa, berbincang mengenai pembelajaran, pemasalahan anak-anak, akademik dan kebajikan anak-anak.

Tujuan blog ini diadakan adalah utk memberi peluang ibu bapa berkongsi cerita, pengalaman, rasa gembira, suka duka serta untuk memberikan pendapat, idea, sokongan dan bantuan yang boleh diguna pakai dan dimanfaatkan demi kebajikan para pelajar dan sekolah. Blog ini tidak boleh sama sekali digunakan untuk menjatuh atau memburukkan mana-mana pihak, ibubapa, pelajar, guru dan/atau pihak pentadbiran sekolah.

Harap semua dapat gunakan ruang ini sebaik mungkin demi untuk kecemerlangan anak-anak kita!

Terima Kasih.

9 comments:

  1. salam

    saya baru dpt blog nie drpd bengkel memperkasakan sahsiah pelajar sas pg td.
    syabas, harap pibg dpt membuat minutes drpd perjumpaan kami pg td.
    juga, ada ker minutes from mesyuarat pibg yg telah diadakan mar lalu?
    saya miss that mtg sbb saya x dpt surat nor sms..

    Pn Julie (anak tingkatan 1 Jaya)

    ReplyDelete
  2. Saya pun baru tahu ada blog ini.Semoga blog ini digunakan sebaiknya untuk mempertingkat kecemerlangan pelajar dan sekolah SAS.
    Perjumpaan pada 10/4/10 mengingatkan kita tentang disiplin pelajar.
    Diharap pihak pibg dapat menimbangkan cadangan yang dikemukakan olih i/b supaya jawatan kuasa tetap ditubuhkan bagi menangi issu disiplin pelajar SAS.
    Kita perlu peka kerana selagi ada pelajar selagi itulah masalaah disiplin ujud.
    Isu disiplin perlu ditangani secara berterusan supaya tidak menjadi tidak terkawal dan menjejaskan prestasi pelajar.
    Kajian yang dibentangkan, walaupun keatas 10% pelajar SAS sudah cukup membuka mata kita tentang ujudnya masaalah disiplin tentang ujudnya masaalah disiplin di SAS.

    ReplyDelete
  3. Syukur ada blog ini kerana saya hadir dalam mesyuarat pembangunan sahsiah pelajar bersama guru pada 10 april 2010 tetapi tidak berpeluang memberi pendapat kerana kesuntukan masa. Di sini saya ada beberapa cadangan, semoga ia dapat membantu guru menangani masalah disiplin.

    1. Menghantar laporan perjumpaan pada 10-April 2010 dan mesyuarat PIBG kepada semua ibu bapa termasuk yang tidak hadir kerana yang tidak hadir juga perlu mendapat maklumat agar dapat bertindak.

    2. Seorang remaja lelaki ingin dilihat sebagai seorang yang hebat dan macho. Oleh itu mereka membuat bermacam-macam hal untuk mencapainya seperti menjadi "taiko" dan cuba mendapatkan penghormatan secara paksaan dengan membuli pelajar junior. Oleh itu, semua ibu-bapa, guru besar dan guru-guru sentiasalah dengan tanpa jumu berpesan kepada anak-anak lelaki kita bahawa tanggapan mereka salah. Seorang lelaki yang membuli orang yang lemah seperti pelajar junior adalah pengecut dan bacul(tak macho). Seorang lelaki hebat dan macho yang sebenar adalah seorang yang sanggup melawan orang yang membuat kejahatan demi menegakkan kebenaran dan mempertahankan orang yang lemah.Anak-anak perlu dipesan bahawa penghormatan tidak akan dapat diperolehi dengan kekerasan. Mereka akan hanya dapat cemuhan dan doa buruk dari adik2 mereka. Di sini saya ingin berkongsi dengan para ibu-bapa dan guru-guru tentang pengalaman saya ketika saya bersekolah di asrama penuh. Beberapa pelajar seniour yang suka membuli pelajar juniour (walaupun saya tak pernah dijentik pun oleh pelajar jahat tersebut kerana saya sejak kecil tak pernah takut kalau saya di pihak yang benar dan saya yakin undang-undang sekolah dan negara mampu membela saya, maka tiada orang yang berani buli saya). Sekarang setelah lebih 20 tahun keluar dari sekolah, ketika orang lain menjadi profesional dan ahli perniagaan berjaya, saya berjumpa pelajar yang selalu membuli pelajar junior menjadi penjual burger di perhentian bas, dia ketika itu malu-malu dengan saya. Ada yang kerja tidak menentu dan masih bergelut dengan kehidupan dan tidak mahu berjumpa dengan rakan-rakan sekolah kerana malu. Bukan saya nak menghina pekerjaan mereka, cuma saya melihat ia mungkin akibat doa orang-orang yang mereka buli semasa disekolah.

    3. Guru besar, guru2 dan ibu bapa sentiasalah berpesan kepada anak kita yang kecil (tingkatan 1 dan 2) supaya jangan takut untuk beri maklumat kepada guru dan ibu-bapa tentang apa-apa yang berlaku di sekolah dan asrama demi kesejahteraan semua warga sekolah. Pasti pihak sekolah dapat melindungi mereka. Kalau dibuli teruk sangat, lari laju-laju dan terus ke rumah guru yang berada di dalam kawasan sekolah. Ibu-bapa perlu tanamkan sifat berani yang bertempat kepada anak-anak dan yakinkan mereka bahawa kita dan guru mampu melindungi mereka. Saya berpesan kepada anak jantan saya " jangan jadi pengecut, nenek moyang kamu sebelah datuk ada yang mati ketika menentang British di Kelantan, moyang sebelah nenek pula, mati ketika berada di atas mimbar mengembangkan Agama Islam di Selatan Thai. Maka tidak wajar seorang yang mengalir darah pahlawan di dalam dirinya jadi takut tanpa menitis setitis darah pun sehingga menjejaskan perjuagan kamu untuk mencapai kecemerlangan (dalam kontek dunia hari ini) dan menjadi pejuang Agama dan Bangsa suatu hari nanti. Selagi kamu berada di pihak yang benar dan hayat ayah masih ada "ayah akan melindungi kamu dengan apa cara sekalipun."

    ReplyDelete
  4. TINDAKAN PELAJAR SAS MENGGADAI NYAWA DAN KESELAMATAN PELAJAR TERABAI

    Saya telah ke sekolah SAS pada hari semalam (11-April-2010) pada pukul 7.15 pagi untuk menghantar anak saya ke asrama kerana anak saya menyertai perlawanan bola keranjang.
    Sampai di pondok pengawal, saya lihat pengawal keselamatan tidak berbaju. Saya fikir dia tidak bekerja kerana seorang yang sedang bekerja mestilah memakai pakaian seragam atau sekurang-kurangnya memakai baju.

    Bila saya sampai di asrama, saya lihat 2 orang pelajar berada di atas bingkai tingkap kerana mencuci tingkap. Seorang di tingkat 3, Blok C dan seorang di tingkap 2, blok yang hampir dengan surau (nama blok saya tidak pasti). Saya yakin mereka adalah pelajar tingkatan 1 dan 2 kerana seperti yang kita semua maklum, di SAS hanya pelajar tingkatan 1 dan 2 yang bekerja membersihkan bilik.

    Saya meminta pihak sekolah mengawal keadaan ini kerana pelajar terdedah kemalangan yang boleh membawa maut.

    Saya cadangkan supaya sekolah mengambil seorang safety officer bagi membantu guru-guru dari aspek keselamatan pekerja dan pelajar memenuhi syarat yang diwajibkan oleh parlimen di mana setiap tempat kerja yang mempunyai pekerja seramai 40 orang atau lebih mesti ada seorang safety officer.

    Berigat sebelum kena.

    ReplyDelete
  5. Saya ucapkan syabas atas keterbukaan Pihak Pengetua. Namun begitu saya turut bersimpati kepada Tuan Pengetua kerana seakan-akan tidak semua guru bersama beliua. Semasa perjumpaan 10 april yang lalu saya duduk di bahagian belakang dewan. Saya dengar dan lihat, ada guru-guru yang mengeluh apabila ibu bapa bagi pandangan macam-macam. Saya tidak salahkan guru tersebut kerana saya tahu character student sekolah asrama penuh sangat berbeza ketika di sekolah dan di asrama. Di sekolah mereka pelajar yang sangat baik. Di asrama pun mereka baik cuma buat nakal. Saya harap guru2 faham bahawa kami ibu bapa ingin meringankan beban guru mengajar untuk jangka panjang. Andainya budak2 tidak merokok and tidak fly, mereka akan tidur awal dan bagun pagi jadi fresh. Jika pelajar senior tidak mengganggu pelajar junior tidur pada waktu malam dan hujung minggu (hari had siang), maka pelajar junior akan sentiasa fresh di dalam kelas. Maka beban cikgu mengajar akan berkurangan kerana badan pelajar sihat, otak cerdas dan jiwa tenang.
    Biarlah saya berkongsi pengalaman saya ketika di asrama penuh lebih 20 tahun yang lalu. Saya menjadi pelajar terbaik SPM pada peringkat sekolah dan negeri pada tahun tersebut hanya dengan satu rahsia iaitu "tidur yang cukup". Saya bukan budak yang sangat pandai. Peperiksaan darjah 5 saya hanya 4A 1B. Saya belajar hanya pada waktu prep petang dan malam sahaja (4 jam sehari dengan berkuality). Saya tidur pada pukul 11 malam sebaik sahaja lampu diarahkan tutup (waden sangat strick, jika ada yang jalan-jalan setelah lampu ditutup tanpa alasan kukuh kena pelempang terus kat situ). Saya tidak merokok, tidak fly, tidak buli orang dan tidak dibuli. Saya tidak mengulangkaji pelajaran sampai larut malam. Itu pun selalu tertidur dalam kelas sebab agaknya saya memang spesis kuat tidur. Saya tidak mengenali perasaan stress semasa di sekolah menengah.
    Ada rakan2 yang tidur lewat kerana ulangkaji pelajaran tapi keputusan peperiksaan kurang memberangsangkan. Itulah the power of "tidur".

    Di ruagan ini saya ingin memohon agar warden hadir sama ketika inspection berjalan di pagi ahad. Ini adalah kerana, pelajar tingkatan 1 pasti dan pasti akan dihukum setiap kali inspection. Pengawas telah memberitahu awal-awal lagi sebersih mana pun bilik anda, sekemas mana pun katil anda, kesalahan anda akan dicari dan dihukum pada setiap minggu. Yang lebih menyayat hati adalah pelajar tingkatan 2. Dah lah mereka sahaja kena kemas bilik, mereka pulak dihukum setiap kali inspection. Saya pasti tidak semua guru dan ibu-bapa yang tahu perkara ini kerana tidak ramai pelajar yang mempunyai semangat juang yang tinggi yang berani mendedahkan kepada ibu-bapa atau guru. Mereka telah di ajar supaya menjadi lelaki pengecut dan pondan sebaik sahaja menjejaki kaki ke SAS. Itu sebab saya melihat beberapa pelajar SAS yang telah menjadi "sotong". Saya kenal dari cara mereka berjalan, berdandan dan bertutur. Oleh itu saya memohon agar pihak waden melindungi mereka ketika inspection.
    Andainya perlu saya cadangkan pihak PIBG menggajikan seorang warden dari kalangan bekas komando askar atau komando polis untuk membantu pihak sekolah. Kita kutip yuran dari ibu-bapa untuk bayar gaji warden tersebut.

    ReplyDelete
  6. Saya terkejut dengan kenyataan MN mengenai keujudan pelajar sotong di SAS. Betul ke seperti yang dikatakan oleh MN? Gejala ini amat bahaya dan perlu dibendung segera. Sila lah ibu-bapa memberi idea bagaimana nak atasi maslah ini. Saya rasa buntu kerana bimbang penyakit ini berjangkit kepada lebih ramai pelajar.

    ReplyDelete
  7. Asyik kita je berforum (MN dan Corruption and Medicine). Orang lain tak berminat ke atau tak ada orang buka pun blog ni termasuk AJK PIBG. Memang betul tuan, di SAS memang ada budak lelaki yang buat-buat lembut (menyotong). Yang menakutkan saya, sotong senior akan mengajak junior sama menjadi sotong. Keadaannya sama seperti perokok. Mungkin tak ramai yg perasan sbb mereka berpakaian lelaki dan berambut pendek. mereka akan menyerlahkan identiti mereka di universiti nanti. Penyakit sosial (mental) ini lebih bahaya dari merokok kerana ia akan berkekalan sampai dewasa. Nauzubillahiminzaalik. Saya menggesa ibu-bapa cuba kesan pelajar begini dan bantulah mereka keluar dari masalah ini. Kesian jika dibiarkan kerana mereka tanpa dapat mengawal diri menderhakai Allah dan terus berada di dalam kemurkaan Allah jika tidak kembali ke jalan yang benar. Minta maaf saya nak cerita, walaupun perkara ini agak menjolok mata tapi untuk berkongsi pengalaman saya bercerita di sini. Semasa saya di universiti, ada seorang sotong telah menggoda dan menawarkan perkhidmatanya kepada saya. Saya terkejut besar dan geli-geleman dibuatnya. Saya menolak dengan baik, menasihatinya dan sejak dari hari itu saya menjauhkan diri darinya. Sotong ini juga seorang pelajar universiti dan datang dari sebuah sekolah berasrama penuh lelaki. Saya bimbang kerana

    Pelajar senior (lelaki sejati yang nakal) selalunya suka kepada junoir yang lembut begini sbb boleh jadi jambu mereka.
    Kalau tuan nak tau, bila tuan ke SAS selalulah berborak-borak dan berkawan dengan pelajar2 selain dari anak tuan. Tuan akan kenal character mereka. Saya dapat mengesan beberapa pelajar dalam kumpulan Wind Orkestra adalah sotong. Saya mengesan mereka semasa berborak dengan mereka selepas mereka buat persembahan kerana saya sangat kagum dengan persembahan hebat mereka. Bukan bermaksud saya mengatakan pelajar Wind Orkestra semuanya sotong, mungkin kebetulan sahaja. Saya minta ibu-bapa dan guru sama-sama fikirkan lah jalan terbaik untuk atasi masalah ini.

    ReplyDelete
  8. aslmkm.
    cdgn sy utk sahsiah yg lebih baik ialah:
    1)setiap pg sblm mulakan kelas, 2 atau 3 student setiap kelas dan tingkatan membaca 2 atau 3 ayat al-quran dan diikuti student lain secara giliran setiap hari hinggalah qatam al-quran dan ulang semula dijadikan rutin dan budaya al-quran sblm mulakn p&p insyaallah dapat mlembutkan hati & lahirkan akhlak mulia setiap student dan segala usaha diberkati oleh allah.amal dan renung2kanlah.
    2)pintu dom hendaklh dikunci dr dlm oleh ketua dom jam 12 mlm utk elak kecurian,gangguan senior thdp junior dan aktiviti lain yg blh mengganggu student utk tidur.
    3)ambil tindakan tegas kpd student yg merayau lepas jam 12 mlm tanpa sebab yg munasabah.
    4)ambil tindakan tegas kpd student merokok,membuli dan mencuri dgn merotan dihdpn student yg lain sebg pengajaran.di dapati kesalahan yg serupa berulang 3x tindakan buang sek hendaklah dibuat.
    5)tuisyen yg intensif kpd student 3,4 dan 5 utk pmr dan spm.itu lebih penting dpd aktiviti sia-sia membuli junior yg x mendtgkn faedah.lebih baik tumpukn pelajaran utk peperiksaan besar bakal tiba x sampai dlm 6 bulan dr sekarang.
    6)beri peluang kpd junior utk rasa seronok dan bebas dgn persekitaran baru di sek. dan asrama tanpa rasa tertekan.mereka dtg utk belajar dlm suasana persekitaran golongan yg terpilih dlm ertikata berada di sek. kluster semestinya terbaik dr segi akhlak dan akademiknya.bukannya terkenal dgn buli membuli dsbnya.
    2)

    ReplyDelete
  9. Setelah membaca komen MN dan Corruption and Medicine, saya rumuskan masaalah utama yang dihadapi di SAS ialah Buli, Dera dan "sotong".

    Masaalah sotong ini mengejutkan saya!!! Untuk lebih transparent lebih tepat jika kita gunakan istilah Homosex supaya lebih ramai ibubapa memahaminya.Issue kegiatan homosex di SAS lansung tidak disentuh dalam kajian dikemukakan dan tidak seorang pun ibu/bapa atau pihak pibg mengemukan isu ini semasa perjumpaan pada 10/4/10. Adakah kita sama sama mengelak dari membincangkan isu ini atas dasar sensitiviti? .Jika benar benar ujud kita perlu sama sama mencari jalan membentras gejala ini dari awal.

    Kita sudah maklum masaalah ini ada dinyatakan dlm Al quran, gejala ini tidak diterima dan Allah SWT telah menghukum dan menghapuskan kaum terdahulu yang mengamalkan Homosex. Pengamalannya adalah dosa besar, hukum syariah yang terberat adalah rejam sampai mati. ( ini bolih confirm dengan Ustaz). Kita perlu tanamkan kesedaran ini kepada pelajar/anak anak kita.

    Saya sebelum ini ada terdengar dari seorang rakan berkenaan masaalah ini di sekolah asrama penuh, tetapi sukar saya hendak pastikan. MN dan Corruption and Medicine telah mengambil langkah berani mengemukakan issue ini walupun diperingkat Blog.

    Cadangan - Langkah langkah untuk membendung gejala ini perlu melibatkan Ibu/bapa, Guru guru, pelajar, dan pihak pengurusan sekolah.

    Langkah mengenal pasti pelajar terlibat dan tindakan.

    Ibu/bapa – Perhatikan tingkah laku anak sendiri, adakah anak puan /tuan mempunyai ciri laku seorang homosex ( ini memerlukan sedikit pengetahuan, buatlah seach/ rujukan atau berbincang dengan pihak yang berpengalaman berhubung isu ini, saudara MN nampaknya bolih menyumbang idea/ pendapat berhubung isu ini) .
    Cuba berbincang dan dapatkan maklumat dari anak tuan/puan ( secara direct atau indirect ) tentang keujudan isu Homosex ini di SAS. Pertama kali mungkin tidak berjaya , cuba beberapa kali. Pelajar/anak mungkin tidak selesa untuk membincangkan isu ini.
    Galakan pelajar/anak memberitahu kita atau guru jika ada pelajar senior mempengaruhi mereka untu melibatkan diri dalam aktiviti ini. Jika dapat maklumat berbincang dengan pihak sekolah apa tindakan yg perlu diambil selanjutnya.
    Guru guru / Warden – Bolih juga mengambil langkah yang sama spt dicadangkan untuk ibubapa. Di SAP contact time pelajar dengan guru adalah lebih dari dengan ibubapa, peranan guru dan warden adalah besar.


    Pihak pengurusan sekolah dan Pibg
    Adakan ruang/peluang untuk pelajar membuat aduan berhubung perkara ini. Bagi yang pelajar yang telah terlibat, beri ruang untuk buat pengakuan . Aduan dan pengakuan tidak perlu dihebahkan identity nya kerana bolih mengaibkan. Kita perlu ingat tujuan kita ialah untuk memperbaiki keadaan bukan untuk menghukum. Pelajar adalah dibawah 21 th dan masih didalam tanggungjawab kita bersama dan belum terlambat untuk di ubah/ rehab.

    Adakan program penerangan/kesedaran untuk pelajar tentang keburukan budaya homosex ini. Pendekatan bolih melalui keagamaan, Pshychology dan akademik.
    Cadangan en Shafie supaya pelajar pelajar memulakan kelas dengan membaca ayat al quran adalan sangat baik. Bertambah baik jika dibacakan terjemahaan ayat kerana ada ayat Al quran menyentuh perkara ini. Ini bolih menimbulkan kesedaran kepada pelajar.
    Bagi pelajar yang telah membuat pengakuan atau dikenal pasti aturkan sessi kaunselling dan program kunselling olih professional

    ReplyDelete